Selamat Datang dan terima kasih atas kesudian melawat Laman Web Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Pagar Sasak. NADI merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Tujuan NADI ditubuhkan untuk merapatkan jurang digital di kalangan komuniti setempat dan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. NADI juga turut dilengkapi kemudahan dan kelengkapan seperti beberapa buah komputer, mesin pencetak (printer), mesin pengimbas (scanner), binding, laminate dan kemudahan internet.
Di sini satu laman web ditubuhkan oleh NADI Kg Pagar Sasak untuk memberikan sumber maklumat yang terkini merangkumi maklumat tentang sejarah tempatan, wanita, warga emas, belia, kesihatan, pendidikan, keusahawanan, pelancongan dan organisasi tempatan.
Pengurus : Nur’ Atiqah binti Mohamed
Tel No : 019-4512 936
Penolong Pengurus : Khadijah binti Ahmad Baharuddin
Tel No : 014-8239495
Emel : am.pikkgpagarsasak@gmail.com
Laman web : https://www.kgpagarsasak.pjk.com.my
Laman sosial : https://www.facebook.com/kg.pagarsasak/ (FB)
https://www.facebook.com/kampungpagarsasak/ (Page FB)