|
Tarikh : 29/03/2019 Masa : 02.30 PM – 05.00 PM Lokasi : PEDi Kg Pagar Sasak Peserta : 09 Orang |
Tujuan :
Latihan kelas komputer iaitu kelas Microsoft Excel telah diadakan pada 29/03/2019 (Jumaat) bermula jam 2.30 petang hingga 05.00 petang yang mana dihadiri oleh pelajar sekolah rendah dan menengah seramai 9 orang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberi pengenalan, tunjuk ajar, pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam kepada para pelajar tentang penggunaan Microsoft Excel.
Aktiviti :
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kelas ini diadakan adalah, para pelajar diajar membuat jadual waktu kelas menggunakan Microsoft Excel dengan memasukkan table, border, tulisan, warna mengikut kesukaan masing-masing dan sebagainya.
