mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI SEPTEMBER 2024 – KELAS ICT (ASAS PENGENALAN KOMPONEN KOMPUTER & ASAS MENAIP)


Tarikh : 13/09/2024
Masa    : 08.30 AM – 09.30 AM
Lokasi   : NADI Kg Pagar Sasak
Peserta : 12 Orang

Tujuan :

Kelas ICT ini telah dijalankan dengan penglibatan para pelajar Tabika KEMAS Kg Sungai Mun dan kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan memberi pendedahan serta pengenalan awal mengenai komponen/perkakasan komputer dan fungsinya, penggunaan tetikus, serta papan kekunci.

Aktiviti :                                                            

Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan/taklimat berkaitan komponen komputer serta memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan tetikus serta papan kekunci bagi menaip susunan abjad & nombor. Di samping itu, petugas turut memberi tugasan mudah kepada para pelajar agar mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci.