mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-2025 KISAH KEJAYAAN PERKHIDMATAN PINTAR NADI x PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT – TINY TECHIES

Nama :

– Ahmad Wafiuddin bin Jamlong

– Mohamed Adam Akhil bin Mohamed Zainudin

Umur : 16 Tahun

Keahlian NADI : 2024

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Adik Wafiuddin dan adik Adam Akhil merupakan ahli berdaftar pada tahun 2024 & kurang dalam penggunaan internet kerana limitasi rangkaian jika berada dirumah dan hanya belajar di sekolah berkaitan literasi ICT.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Setelah menjadi ahli NADI, adik Wafiuddin & adik Adam Akhil telah mengikuti kelas Perkhidmatan Pintar NADI iaitu Pembelajaran Sepanjang Hayat di bawah program Tiny Techies serta E-sukan dan lain-lain kelas ICT di NADI.

Apakah yang Dipelajari Melalui NADI

Dalam program ini mereka terlibat mengikuti kelas pembelajaran Tiny Techies iaitu sesi pembelajaran aliran SMK seperti HTML, PYTHON & SQL serta Sesi Mentor SMK di NADI Kampung Pagar Sasak bermula April – Ogos 2025.

Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

Atas usaha, minat & komitmen yang tinggi dalam sesi pembelajaran adik Wafiuddin & adik Adam Akhil telah berjaya terpilih bagi menyertai sesi Bootcamp Bengkel dan Pertandingan Tiny Techies 2025 di UiTM Terengganu Kampus Dungun pada 27 – 29 Ogos 2025. Idea Projek Inovasi yang dipertandingkan adalah ‘PENGUKUR ARAS AIR’