mcmc
Pendidikan

KELAS E-PEMBELAJARAN (ENGLISH CENTRAL)

Kelas E-Pembelajaran English Central ini diadakan di PEDi Kg Pagar Sasak bagi setiap bulan dan terbuka kepada semua pelajar samada sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Kelas ini bertujuan bagi memupuk semangat para pelajar untuk mempelajari Bahasa Inggeris secara atas talian dengan format yang lebih menarik dan menyeronokan. Melalui pembelajaran English Central ini para pelajar dapat mendengar dan menonton serta mempelajari tatabahasa, ejaan, sebutan perkataan, dalam Bahasa Inggeris melalui video yang diberikan. Antara pembelajaran yang boleh dipelajari termasuklah :

  1. WATCH THE VIDEO: ~ Pelajar menonton video dengan transkrip dan kamus dwibahasa, dimana para pelajar boleh mengklik mana-mana perkataan dalam video yang mereka tidak tahu atau ingin belajar.
  2. LEARN THE WORDS: ~ Berdasarkan perkataan yang dipilih oleh pelajar, terdapat aktiviti untuk pelajar mempelajari perkataan tersebut seperti latihan mengeja bagi perkataan yang dipilih.
  3. SPEAKS THE LINES: ~ Dengan menggunakan teknologi “IntelliSpeech” dari English Central, para pelajar bercakap atau membaca ayat yang tersedia mengikut sebutan yang tepat dan betul.

Setelah para pelajar memenuhi ketiga-tiga aktiviti diatas, diakhir sesi pembelajaran bagi setiap video yang ditonton, mereka akan memperolehi maklum balas segera ataupun gred penilaian bagi setiap aktiviti yang dijalankan.