Nama : Nur Qaseh Qaisara binti Mohd Roslan
Umur : 11 Tahun
Ahli : 2018
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Adik Qaseh menjadi ahli NADI Kg Pagar Sasak pada tahun 2018 dan & kurang mahir serta tidak terdedah kepada asas penggunaan komputer dan ICT sebelum ini.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Setelah menjadi ahli NADI adik Qaseh sering mengunjungi NADI bersama kawan-kawan untuk menghadiri kelas serta aktiviti yang diadakan oleh petugas. Kini adik Qaseh semakin mahir dalam penggunaan komputer dan internet di NADI.
Apakah yang Dipelajari Melalui NADI
Mempelajari asas penggunaan Microsoft Office seperti MS Word, MS Excel, MS PowerPoint dan MS Publisher bagi meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau belajar e-learning seperti kahoot IT, wordwall dan lain-lain serta melayari internet bagi menonton video di youtube, mencari maklumat di google search dan sebagainya.
Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
NADI membantu meningkatkan kemahiran ICT agar pelajar dapat mempraktiskannya dalam urusan seharian seperti memberikan latihan ICT, kelas tambahan untuk pelajar, memperkenalkan pelajar pembelajaran secara atas talian dan sebagainya.
