Nama : Nur Hannan Nazifa binti Shaiful Bahari
Umur : 09 Tahun
Ahli : 2019
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Adik Hannan jarang menggunakan komputer dan internet serta kurang mahir dan tidak terdedah kepada asas penggunaan komputer sebelum ini.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI
Adik Hannan menjadi ahli NADI Kg Pagar Sasak pada tahun 2019 dan sering mengunjungi NADI pada waktu lapang untuk menggunakan internet serta belajar ICT bersama rakan-rakannya.
Apakah yang Dipelajari Melalui NADI
Mempelajari asas penggunaan Microsoft Office seperti MS Word, MS Excel, MS PowerPoint dan MS Publisher bagi meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau belajar e-learning seperti kahoot IT, wordwall dan lain-lain serta melayari internet bagi menonton video di youtube, mencari maklumat di google search dan sebagainya.
Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
NADI membantu meningkatkan kemahiran ICT agar pelajar dapat mempraktiskannya dalam urusan seharian seperti memberikan latihan ICT, kelas tambahan untuk pelajar, memperkenalkan pelajar pembelajaran secara atas talian dan sebagainya.
