mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI OKTOBER 2024 – KELAS STEM/IoT (EKSPERIMEN GUNUNG BERAPI)

Tarikh   : 09/10/2024
Masa     : 11.00 AM – 12.00 PM
Lokasi   : NADI Kg Pagar Sasak
Peserta  : 12 Orang

Tujuan :

Kelas STEM/IoT iaitu eksperimen gunung berapi ini diadakan bertujuan bagi memberi pendedahan mengenai alam sains iaitu tindak balas kimia antara soda bikarbonat dan cuka bagi membentuk gunung berapi melalui eksperimen yang dijalankan.

Aktiviti :                                                            

Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan mengenai cara-cara untuk membuat eksperimen gunung berapi melalui video yang ditayangkan. Di samping itu, petugas menyediakan bahan-bahan yang diperlukan seperti cuka, soda bikarbonat dan pewarna kepada para pelajar dan bersama-sama pelajar membuat eksperimen.