Tarikh : 13/09/2024 Masa : 08.30 AM – 09.30 AM Lokasi : NADI Kg Pagar Sasak Peserta : 12 Orang |
Tujuan :
Kelas ICT ini telah dijalankan dengan penglibatan para pelajar Tabika KEMAS Kg Sungai Mun dan kelas ini diadakan bertujuan untuk mengajar dan memberi pendedahan serta pengenalan awal mengenai komponen/perkakasan komputer dan fungsinya, penggunaan tetikus, serta papan kekunci.
Aktiviti :
Ketika kelas ini diadakan, petugas memberi penerangan/taklimat berkaitan komponen komputer serta memberi tunjuk ajar cara-cara menggunakan tetikus serta papan kekunci bagi menaip susunan abjad & nombor. Di samping itu, petugas turut memberi tugasan mudah kepada para pelajar agar mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci.