mcmc
Kisah Kejayaan

Q4-2024-CELIK ICT-NUR ZARRA AMMARA BINTI KAMIL

CELIK ICT – NUR ZARRA AMMARA BINTI KAMIL

Nama : Nur Zarra Ammara binti Kamil

Umur : 08 Tahun

Ahli : 2022

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Adik Zarra jarang menggunakan komputer dan internet serta kurang mahir dan tidak terdedah kepada asas penggunaan komputer sebelum ini.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan NADI

Adik Zarra menjadi ahli NADI Kg Pagar Sasak pada tahun 2022 dan sering mengunjungi NADI apabila mempunyai masa lapang untuk menggunakan internet serta belajar ICT bersama rakan-rakannya.

Apakah yang Dipelajari Melalui NADI

Mempelajari asas penggunaan Microsoft Office seperti MS Word, MS Excel, MS PowerPoint dan MS Publisher bagi meningkatkan pengetahuan beliau tentang ilmu ICT. Selain itu, beliau belajar e-learning seperti kahoot IT, wordwall dan lain-lain serta melayari internet bagi menonton video di youtube, mencari maklumat di google search dan sebagainya.

Bagaimana NADI membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

NADI membantu meningkatkan kemahiran ICT agar pelajar dapat mempraktiskannya dalam urusan seharian seperti memberikan latihan ICT, kelas tambahan untuk pelajar, memperkenalkan pelajar pembelajaran secara atas talian dan sebagainya.